Search This Blog

Monday, 13 February 2017

Badan Pentadbiran Dan Kehakiman Negara

   BADAN PENTADBIRAN DAN KEHAKIMAN NEGARA

                 
    1.5 Badan Pentadbiran Dan Kehakiman Negara
     1.5.1 Badan Perundangan Negara dan Negeri
      
              Badan Perundangan (Legislatif)
Ø Undang – undang yang digubal oleh badan perundangan dan dipertangggungjawabkan oleh perlembagaan Malaysia.
Ø Fungsi- Menggubal undang- undang demi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat.

Parlimen:.
                 1) YANG DIPERTUAN AGONG.
                 2) DEWAN RAKYAT.
                 3) DEWAN NEGARA.

Ø Parlimen
·       Badan Perundangan bagi kerajaan perseketuan dan ia membuat undang – undang yang boleh dikuatkuasakan  di seluruh Negara.
Ø Antara peranan Parlimen ialah:
·       Meluluskan undang – umdang perseketuan.
·       Membuat pindaan kepada undang- undang perseketuan yang ada.
·       Memeriksa dasar – dasar kerajaan.
·       Meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan hasil – hasil cukai yang baru.
  
Ø Dewan Negara
·       Bilangan Ahli Dewan Negara adalah tertakluk kepada Fasal (1), Perkara 45, Perlembagaan Perseketuan, iaitu tidak melebihi daripada 70 orang ahli (senator) pada satu – satu masa, dengan kadarnya seperti:

A)   Dua orang lelaki bagi setiap negeri yang dipilih mengikut Jadual Ketujuh
B)    Empat puluh orang ahli yang dilantik oleh Yang di- Pertuan Agong
C)    Empat orang ahli yang dilantik oleh  Yang di- Pertuan Agong



·       Untuk layak menjadi ahli, seseorang calon hendaklah :

a)   Warganegara Malaysia
b)  Berumur tidak kurang dari 30 tahun
c)   Sempurna akal
d)  Bukan seorang muflis
   
·       Jawatan itu hendaklah dipegang selama tiga tahun dan boleh disambung sebanyak satu penggal lagi, sama ada dilantik pada peringkat Perseketuan atau pemilihan pada peringkat negeri.
·       Kedudukan Dewan negera tidak  berubah dengan pembubaran Parlimen .
      
Ø Dewan Rakyat
·       Mempunyai 222 orang ahli yang mewakili setiap kawasan pilihan raya
·       Tempoh jawatan selama 5 tahun

Kelayakan menjadi Ahli Dewan Rakyat:
a)   Warganegara Malaysia
b)  Berumur tidak kurang dari 21 tahun
c)   Sempurna akal
d)  Bukan seorang muflis
e)   Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan kedua- dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara dalam satu masa

·       Sebelum memegang sebarang kerusi dalam Parlimen, setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di- Pertuan Dewan Rakyat
·       Antara fungsi Parlimen adalah :
a)   Kuasa perundangan, iaitu kuasa membuat / meminda undang- undang
b)  Mengenakan cukai- cukai baharu, tambahan atau memansuhkan mana- mana cukai
c)   Meluluskan belanjawan Negara bagi setiap tahun

Proses Membuat Undang- undang di Parlimen
·       Parlimen mempunyai kuasa membuat undang- undang dengan cara Dewan Negara dan Dewan Rakyat meluluskan sesuatu rang undang- undang dengan serta dipersetujui oleh Yang di- Pertuan Agong




  
Ø Keistimewaan Parlimen
·       Keabsahan apa- apa  perjalanan dalam mana- mana Majlis Parlimen ataupun dalam mana- mana jawatankuasa tidak boleh didakwa dalam mana- mana mahkamah.
·       Tidak seorang pun boleh didakwa            bagi apa- apa juga yang diucapkan atau apa- apa undi yang diberikan oleh ahli Parlimen semasa mengambil bahagian dalam suatu perbahasan atau pengundian yang berlansung dalam siding Parlimen
          

Ø Peringkat Negeri
·       Kuasa perundangan peringkat negeri dilaksanakan melalui Badan Perundangan Negeri
·       Badan perundangan negeri mengandungi Raja/Sultan/Yand di- Pertua Negeri dan Dewan
      
Ø Keanggotaan Dewan Undangan Negeri (Dun)
·       Seksyen 4, Jadual 8, Perlembagaan Perseketuan Malaysia memperuntukan Dun mestilah mengandungi sebilangan ahli yang dipilih
·       Peranan Raja/ Sultan/Yang di-Pertua Negeri sebagai pihak berkuasa perundangan hanya akan hadir pada bila- bila masa yang khas sahaja seperti semasa pembukaan Dun

Ø Kelayakan Menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri

·       Berumur 21 tahun ke atas dan bermastautin tetap di negeri berkenaan
·       Antara perkara yang menyebabkan seseorang hilang kelayakan menjadi Ahli DUN ialah:
1)  Didapati/ diisytiharkan sebagai seorang yang tidak sempurna akal
2)  Seorang bankrap yang belum dilepaskan
3)  Memegang jawatan yang berpendapatan
4)  Setelah dinamakan untuk pilihan raya bagi mana- mana satu, parlimen atau DUN atau setelah bertugas sebagai ejen pilihan raya, ahli tidak menghantar apa- apa penyata pembelanjaaan pilihan raya seperti yang dikehendaki oleh undang- undang dalam tempoh masa yang ditetapkan
·       Seseorang tidak boleh menjadi ahli DUN bagi lebih daripada satu kawasan pilihan raya pada suatu masa.
                             
Ø Menjalankan Kuasa Perundangan
·       Perkara 72 fasal (1) hingga (5) Perlembagaan Perseketuan Malaysia memperuntukan tentang keistemewaan DUN seperti yang termaktub di dalam fasal  (1), (2) dan (3).
  
1) Sahnya apa – apa perjalanan dalam mana- mana DUN tidak boleh  dipersoal dalam mana- mana mahkamah.
2) Tiada seseorang pun boleh dikena dakwa dalam apa- apa jua perbicaraan dalam mana- mana mahkamah mengenai apa- apa jua yang dikatakan atau apa- apa undi yand diberi olehnya apabila mengambil bahagian dalam perjalanan mana- mana DUN atau mana- mana jawatankuasanya.

Ø Pindaan Perlembagaan Negeri
·       Peruntukan – peruntukan lain perlembagaan bagi seseuah negeri yang mempunyai raja dan mana- mana peruntukan perlembagaan sesebuah negeri yang tidak mempunyai raja, tertakluk kepada sekatan – sekatan boleh dipinda oleh undang- undang negeri, tetapi tidak boleh dipinda dengan apa- apa cara lain sesuatu rang undang- undang bagi membuat apa- apa pindaan kepada perlembagaan negeri selain:

a)   Apa- apa pindaan yang  berbangkit darripada sesuatu undang- undang yang memperuntukan bilangan ahli yang dilantik bagi badan perundangan negeri.
b)  Apa- apa pindaan yang akan menyelaraskan Perlembagaan Negeri dengan mana- mana peruntukan yang perlu yang dinyatakan dalam Jadual Kelapan.







1.5.2 Badan Kehakiman (Judisiari)
Judisiari.

Mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah
Badan kehakiman berkuasa untuk mentafsirkan Perlembagaan Perseketuan dan Negeri.

Ø  Pelantikan Hakim
·       Pelantikan hakim dibuat oleh Yang di- Pertuan Agong setelah berunding dengan Majlis Raja- Raja dan mendapat nasihat daripada Perdana Menter.Sebelum pelantikan hakim dibuat, Perdana Menteri juga perlu berunding dengan Ketua Hakim Negara.

Ø Sistem dan Corak Kehakiman Malaysia
·       Sistem kehakiman di Malaysia berbentuk perseketuan.
·       Mahkamah di Malaysia dibahagikan kepada dua iaitu:
                                1) Makhamah.
                                2) Makahmah                                                   persekutuan.
                                3) Makhamah Negeri.






MAHKAMAH
PERANAN
1)  Mahkamah Agung
·       Berkuasa menentukan pengesahan bagi undang- undang yang dibuat oleh Parlimen dan Dewan Undang Negeri.
·       Merupakan mahkamah tertinggi mendengar kes- kes rayuan dari mahkamah rayuan dan mahkamah tinggi.
2)  Mahkamah Rayuan
·       Membincangkan kes rayuan bagi kes jenayah sahaja.
·       Jika dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan, kes sivil boleh dibicarakan jika nilainya tidak kurang daripada RM250,000,.

3)  Mahkamah Tinggi
·       Mempunyai  kuasa membicarakan apa sahaja kesalahn yang dilakukan oleh warganegara Malaysia dan warganegara warganegara asing yang berada di Malaysia.
·       Membicarakan kes- kes sivil dan jenayah.
4)  Mahkamah Sesyen
·       Merupakan mahkamah tertinggi dalam komponMahkamah rendah.
·       Membicarakan kes jenayah dan sivil. Kes sivil melibatkan nilai yang tidak melebihi RM 250,000.
5)  Mahkamah Juvana
·       Membincangkan kes- kes jenayah bagi mereka yang berumur antara 10- 18 tahun
·       Seseorang kanak- kanak yang didapati bersalah akan dihantar ke sekolah pemulihan akhlak sehingga mencapai umur 21 tahun.

No comments:

Post a Comment