Search This Blog

Monday, 13 February 2017

Sistem Dan Stuktur Pentadbiran Negara


SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA.

1.4.1 Sistem Dan Struktur Pentadbiran Negara.
         Maksud Raja Berperlembagaan.

·       Satu sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.Yang Di Pertuan Agong bertindak berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan juga atas nasihat perdana menteri.

1.4.2 Menerangkan Yang Di Pertuan Agong

·       Merupakan ketua Negara dan secara tidak langsung juga bertindak sebagai ketua kepada tiga komponen dalam sistem berkerajaan Negara, iaitu:.

1)   Badan Pentadbiran
2)   Badan perundangan
3)   Badan Kehakiman

          Antara tugas YDPA ialah:.
1)   Tugas mengikut nasihat
2)   Tugas mengikut budi bicara
3)   Pemerintah tertinggi angkatan tentera
4)  Memperkenalkan rang undang – undang
5)   Pengishtiharan darurat
6)   Kuasa pengampunan
  
  1.4.3 Majlis Raja- Raja
·       Ditubuhkan secara formal pada tahun 1948 apabila Persekutuan Tanah Melayu wujud.

Ø Fungsi Majlis Raja- Raja
·       Memilih Yang Di Pertuan Agong
·       Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa – apa perbuatan
·       Membuat undang – undang dan memberi nasihat

Ø Budi Bicara Majlis
·       Anggota majlis boleh bertindak menurut budi bicara mereka dalam apa – apa urusan berhubung tugasnya.
Ø Mesyuarat Majlis
·       Semua raja – raja dan para Yang Di Pertuan Negeri (Sultan) sacara automatik menjadi Anggota Majlis raja- raja.

1.4.4 Badan Pentadbiran.
·       Dijalankan secara berperingkat iaitu pentadbiran peringkat persekutuan, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan.
·       Dapat menjamin agihan kuasa dan perlaksanaan kerja dengan lebih efisien.

Ø Kabinet
·       Kerajaan yang ditadbir oleh segolongan manusia yang mendapat sokongan majority dalam pilihan raya dan menduduki kerusi di parlimen atau dewan perundangan.

Ø Kementerian
·       Organisasi yang diwujudkan untuk menggubal dasar, merancang program dan melaksanakannya.
·       Di Malaysia terdapat sebanyak 24 buah kementerian termasuk Jabatan Perdana Menteri dan bilangan ini boleh ditambah atau dikurangkan mengikut keperluan Negara.
  
Ø Senerai Kementerian di Malaysia
1)  Jabatan Perdana Menteri
2)  Kementerian Pendidikan Malaysia
3)  Kementerian Sumber asli dan Alam Sekitar
4)  Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
5)  Kementerian Pertahanan Malaysia
6)  Kementerian Pengangkutan
7)  Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
8)  Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
9)  Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
10)        Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
11)        Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
12)        Kementerian Dalam Negeri
13)        Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Kementerian kesihatan
14)        Kementerian Kewangan

Ø Perbadanan Awam
·       Badan khas yang mrnjalankan kegiatan khusus seperti kegiatan ekonomi
·       Terdapat dua bentuk Perbadanan Awam iaitu:
1)  Badan Berkanun seperti Universiti Utara Malaysia,Universiti Sains Malaysia dan Mara yang ditubuhkan melalui akta parlimen
2)  Badan Tidak Berkanun seperti TNB Berhad, Mas Berhad, Hicom Berhad
·       Badan tidak berkanun didftar dibawah Akta Syarikat
·       Badan ini dimiliki oleh kerajaan          
·       Kerajaan mempunyai kepentingan ekuiti (saham)

Ø Suruhanjaya.
·       Bertujuan untuk memastikan jentera pentadbiran kerajaan berjalan dengan lancar
·       Senarai Suruhanjaya di Malaysia:
1)   Suruhanjaya Pilihan Raya
2)   Suruhanjaya Perkhidmatan
3)   Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
4)   Suruhanjaya Khas.

No comments:

Post a Comment